Khamis, 27 Mac 2014

PENJODOH BILANGAN



CONTOH SOALAN

Isikan tempat kosong dengan penjodoh bilanagan yang sesuai.

Baris, cekak, genggam, hiris, jambangan, kaki, laras
naskhah, orang, papan, rangkap, sisir, tandan, ulas


1. Pak Cik Ahmad menyedekahkan beberapa ___________________ al- Quran kepada masjid.

2. Abang Nudi mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok kacang.

3. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.

4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa ___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.

5. Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota Melawati.

6. Mei Lan membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan mendung.

7. Syaliza mempunyai se________________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.

8. Johan hanya memakan beberapa ______________ bacang kerana buah itu amat masam.

9. Mak Saerah membeli se____________ bayam untuk dimasak gulai lemak.

10. Shuhada menempah beberapa _______________ bunga untuk majlis hari lahir adiknya.

11. Pak Cik Jamal menebang beberapa _____________ pinang untukdijual kepada peraih.

12. Nalysha berjaya menghasilkan beberapa ________________ pantunsebentar tadi.

13. Di dalam pinggan itu terdapat beberapa _____________ durian.

14. Ayah sedang memikul se______________ pisang.

15. Ayah memberikan dua _____________ pisang kepada jiran sebelah rumah.

Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayatberikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.



 Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung
Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun


Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2




Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok

22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan
__________ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam

26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.
A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan
menggunakan lima _________ rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das

29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung
C secebis ..... sehamparan
D sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
A genggam ..... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul ..... sekawan
D kepal ..... seekor

31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
A Sebatang ..... biji
B Sedas ..... buah
C Selaras ..... butir
D Sekaki ..... butir

32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
A sebakul ..... seberkas
B selonggok ..... seikat
C seberkas ..... seikat
D sekawan ..... segulung

33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.
A sepotong ….. biji
B sehiris ….. ulas
C seketul ….. biji
D sekeping ….. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.
A ulas ….. sikat
B biji ….. tandan
C ikat ….. tandan
D ikat ….. sisir

35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur ….. pintu
B kaki ….. baris
C batang ….. deret
D baris ….. buah

36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut
dan memakan __________ sirih.
A seketul ….. sekeping
B segenggam ….. sehelai
C sepotong ….. selembar
D sekepal ….. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa
__________ penggali dan beberapa __________ dawai.
A sebatang ….. gelung
B sebuah ….. gelung
C sekerat ….. lembar
D sebilah ….. utas

38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di
belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris ….. pucuk
B deret ….. kelompok
C batas ….. rumpun
D ikat ….. jambak

39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A sekepul
B segugus
C setompok
D segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3



 Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari
makan.
A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan

| SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA |

1 ulasan:

  1. Casinos Near Me | Find The Best Casino Casinos in South Africa
    With a casino near you, 바카라 규칙 you've never come across the 바카라 best and 업소 사이트 most trustworthy casino bet365es sites in South Africa. 넥스트벳 You may find the best

    BalasPadam