1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan,
sindiran, sedih, takut, terperanjat,
hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi
atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru
|
maksud
|
Contoh ayat
|
wahai
|
menyatakan perasaan sayang atau merayu
|
Wahai adik ku sayang !
|
amboi
|
menunjukkan perasaan kagum
|
Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
|
hai
|
|
Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
|
nah
|
|
Nah, terimalah habuanmu !
|
aduh
|
perasaan sakit
|
Aduh, sakitnya tanganku ini !
|
wah
|
perasaan hairan
|
Wan, cantiknya merak ini !
|
ceh
|
|
Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
|
bedebah
|
marah
|
Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
|
cis
|
marah atau jijik
|
Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
|
oh
|
terkejut hairan, gembira atau mengharap
|
Oh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
|
eh
|
hairan
|
Eh, bila ia terjadi !
|
syabas
|
gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
|
Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
|
alahai
|
menghina
|
Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
|
alamak
|
terkejut
|
Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
|
ha
|
hairan
|
Ha, budak itu yang menang !
|
terkejut Ya-Allah
|
Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
|
|
Masya- Allah
|
hairan atau marah
|
Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan
biadap itu !
|
Contoh-contoh ayat KATA SERU
1. Aduh, sakitnya gigiku yang berdarah ini !
2.Aduhai, malang sungguh nasib anak kecil itu !
3.Ah, jangan engkau datang mengacauku lagi !
4.Amboi,lama sungguh kamu mandi !
5. Cis, berani engkau menentang kata-kataku !
6.Eh,rupa-rupanya dialah yang membantu saya menyelesaikan
masalah itu!
7.Hai, jemputlah masuk ke rumahku!
8.Kasihan , sudah tiga hari anak kucing ini mengiau kesakitan !
9.Nah, ambil buku yang kau minta ini !
10.Oh, aku gagal dalam peperiksaan lagi!
11.Syabas, akhirnya kamu mendapat anak juga !
12.Syukur,tiada seorang pun yang terkorban dalam
peperangan itu!
13.Wah, besar sungguh dusun ayahnya ini!
14.Wahai,anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh demi
masa hadapan kamu !
12.Syukur,tiada seorang pun yang terkorban dalam
peperangan itu!
13.Wah, besar sungguh dusun ayahnya ini!
14.Wahai,anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh demi
masa hadapan kamu !
CONTOH SOALAN
1._________! Rupanya kamu ada di sini!
A Cih
B Nah
C Wah
D Amboi
2._________! Beruntungnya abang awak!
A Wah
B Aduh
C Oh
D Eh
3._________! Jangan bermain di sini!
A Aduhai
B Ceh
C Hei
4._________! Saya hampir terlupa pesanan emak!
A Amboi
B Oh
C Hoi
D Wah
5._________! Apa hal kamu datang ke rumah saya?
A Wah
B Cis
C Eh
D Oh
6._________! Apa khabar kamu sekarang?
A Hoi
B Oh
C Eh
D Hai
7._________! Itu cuma perkara kecil sahaja!
A Wah
B Eh
C Oh
D Amboi
8._________! Lemahnya badan saya ini!
A Amboi
B Aduhai
C Cis
D Eh
9._________! Kamu telah memenangi pertandingan ini!
A Oh
B Syabas
C Wah
D Aduhai
10._________! Betulkah jawapan ini?
A Eh
B Oh
C Nah
D Hoi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan