Khamis, 27 Mac 2014

KATA ADJEKTIF

*Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.
*Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat atau 
 keadaan sesuatu kata nama.
*Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
-rasa
-pandang                                                
-dengar
-bau
-sentuh

Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.


CONTOH SOALAN

Latihan Kata Adjektif
Suaikan Kata adjektif dengan jenis yang betul.

1.    pandai     
2.    kuning
3.    rendah
4.    segi empat
5.    harum
6.    lambat
7.    selalu
8.    sedih
a.    warna       
b.    pancaindera
c.    sifat
d.    perasaan
e.    cara
f.     bentuk
g.    waktu
h.    ukuran




CONTOH SOALAN

Bulatkan kata adjektif yang sesuai bagi soalan-soalan di bawah.

1. Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.
   A.      Kelat              B. pahit                 C. manis               D. masin
2. Puan Teoh menguli adunan kuih pau itu sehingga ______.
    A.      Liat                 B. keras                                C. lembut            D. lembap
3. Pusat peranginan itu terletak ______daripada kebisingan kota.
    A.      Jauh               B. dekat               C. hampir             D. lama
4. Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
   A.      Lembut        B. halus                     C. kasar                                D. licin
5. Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujann semasa dalam perjalanan ke sekolah.
   A.      Halus             B. basah               C. kembang        D. sejuk
6. Hang Tuah sangat terkenal sebagai pahlawan Melayu yang ________.
    A.      Berani           B. takut                    C. elok                  D. jahat
7. Semua kenderaan bergerak ______kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.
    A.      Perlahan      B. deras                                C. laju                    D. gopoh
8.  Pihak polis telah mengambil tindakan ______untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang.
A.      Lama             B. segera             C. lampau            D. lewat
9. Lagu Melayu asli nyanyian penyanyi terkenal tanah air itu sungguh________.
   A.      Garau            B. merdu             C. biru                   D. kuat
10.Warna _______pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
   A.      Merah          B. biru                   C. kuning             D. putih
11. Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______itu di dalam stor sukan.
  A.      Lonjong        B. kempis            C. lurus                 D. kemik
12.Tikar yang diperbuat daripada mengkuang itu _________buatannya.
  A.      Jelas              B. keras                                C. tegap               D. halus
13. Pengemis itu makan nasi denggan_________kerana terlalu lapar.
  A.      Pantas          B. perlahan         C. lembut            D. gelojoh
14. Besi pembahagi jalan itu _________setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
  A.      Bengkok      B. bujur                                C. kempis            D. lonjong
15. Penghulu itu berasa sungguh _______terhadap penduduk kampong kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
  A.      Rindu            B. malu                 C. sayang             D. benci
16. Bunyi jeritan yang __________dari rumah di tepi hutan itu sungguh menakutkan.
  A.      Merdu          B. nyaring            C. mersik             D. bising
17. Dalam cerita dongeng, nenek kebayan amat ditakuti kerana wajahnya _______.
  A.      Lama             B. uzur                  C. hodoh              D. tua
18. Jamal berasa ________melihat perangai Eng Kai yang mengada-ada itu.
  A.      Gembira      B. bosan               C. terharu            D. sedih
19.Tiang rumah itu sudah ______kerana dimakan anai-anai.
  A.      Reput            B. kuat                  C. lembut            D. rapuh
20. Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________dengan rumahnya.
  A.      Awal              B. jauh                  C. dekat               D. nyaris
21. Murid itu mengikat tali kasutnya dengan ________supaya tidak mudah terurai.
  A.      Kukuh           B. teguh               C. perlahan         D. kemas
22. Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________itu.
  A.      Tumpul         B. tajam               C. panjang           D. nipis
23. Badan adik terasa ________ kerana bermain di kawasan semak-samun.
   A.      Gatal             B. kurus                                C. cantik               D. payau
24. Kamariah menjemur tuala yang ______itu di ampaian.
  A.      Cerah            B. basah               C. kasar                                D. rapuh
25. Kita haruslah bersenam supaya otak kita _________.
  A.      Cair                                B. cergas              C. cerdas              D. lembap
26. Latihan bola sepak akan diadakan pada petang ini sekiranya cuaca ________.
  A.      Cerah            B. mendung       C. basah               D. rebut
27. Biskut yang dibuat oleh Shasha _______kerana dibakar terlalu lama.
  A.      Hangus         B. kering              C. hancur             D. rosak
28.Abang saya kelihatan sungguh __________apabila berbaju Melayu dan bersamping.
  A.      Jelita              B. gagah               C. kacak                D. cantik
29. Pameran batik itu mendapat  sambutan _______daripada orang ramai.
  A.      Dingin           B. panas               C. hangat             D. hambar
30. Ayah melarang adik mandi di sungai yang _______arusnya.
  A.      Cepat            B. laju                    C. deras                                D. pantas
31. Mukanya menjadi _______setelah mendengar berita _______itu.
  A.      Merah…..buruk                        C. putih…. Buruk
  B.      Pucat….buruk                            D. pucat…..baik
32. Perutnya ________kerana belum bersarapan.
  A.      Kosong         B. bulat                 C. kenyang          D. lapar
33. Pemain bola sepak yang ______itu telah dipilih sebagai pemain terbaik.
  A.      Tangkas        B. cepat                C. laju                    D. cekap
34. Biri-biri yang sedang meragut rumput di padang itu ________.
  A.      Gemuk-gemuk                         C. tergemuk
  B.      Paling gemuk sekali                 D. paling tergemuk
35. Lukisan Wei Bin amat ______ .
  A.      Tercantik                                     C. tercantik sekali
  B.      Cantik sekali                               D. paling cantik sekali
36. Yu Ying paling _____ makan durian.
  A.    suka              B. tersuka            C. suka sekali     D. tersuka sekali
37. Semua kanak-kanak tadika itu ___belaka.
  A.      Comel           B. comel-comel C. tercomel         D. paling comel
38. Kuih yang dibuat oleh kakak itu amat _________sekali.
  A.      Manis            B. termanis         C. manis-manis D. paling manis
39. Anak Mak Tijah_______belaka.
  A.      Rajin-rajin   B. sangat rajin    C. sungguh rajin                D. paling rajin
40. Kipas itu bergerak dengan ____________sekali.
  A.      Cepat            B. ligat                   C. pantas             D. laju

Tiada ulasan:

Catat Ulasan