Sabtu, 19 April 2014

SEKAPUR SIREH

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

  Assalamualaikum w.b.r.
Terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya telah mengurniakan kekuatan untuk menghasilkan blog ini.
          Setinggi-tinggi penghargaan dan  ucapan terima kasih dengan khas buat Pn .Normarjan bt Eliasm di atas tunjukajar yang diberikan dalam menghasilkan blog ini. Semoga baktimu akan  diberkati Allah .
          Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang turut memberikan kerjasama dan mencanai idea untuk sama-sama menghasilkan kerja kursus ini bak kata pepatah, “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafaka”.
          Ribuan penghargaan khusus buat keluarga tersayang yang sentiasa memahami dan memberi dorongan serta sokongan padu untuk terus mendalami ilmu ini.
          Adalah diharapkan melalui ilmu dan pengalaman yang dicurahkan dapat mengembangkan lagi pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran saya dalam mendidik anak didik di sekolah kelak.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit tak akan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan,



Wassalam